Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Hari Raya dan Final Exam

Monday, September 28, 2009

Masih belum terlambat lagi untuk GMS mengucapkan selamat hari raya kepada semua mahasiswa UPSI.Semoga dengan Ketibaan hari raya ini akan membina satu lembaran baru terutamanya ukhwah di kalangan mahasiswa.Namun, kini hari raya sudah berlalu.Majoriti mahasiswa mulai memenuhi kolej kediaman dan sekitar kampus.

Apa yang jelas adalah, ketibaan syawal ini merupakan satu rahmat buat mahasiswa disebabkan dapat bercuti sementara dan pada masa yang sama dapat mengurangkan bebanan assigment yang dihadapi oleh semua mahasiswa.Sedar atau tidak, kita semua sudah berada di minggu ke-11, dan hanya tinggal beberapa minggu lagi final exam akan menjelma.GMS berharap agar semua mahasiswa bersiap-sedia awal bagi menghadapi peperiksaan akhir.

Namun, dalam beberapa minggu terdekat ini banyak assigment yang perlu dihantar oleh pelajar dan perkara ini akan menjadi sedikit kekangan kepada pelajar untuk bersiap sedia awal.Tetapi, nasihat daripada GMS kepada semua, supaya pandai membahagikan waktu terutama dalam waktu yang suntuk ini.

ANUGERAH KECEMERLANGAN FST

Sunday, September 13, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa FST Semester 2 2008/2009

Tarikh :30 September 2009 (Rabu)
Masa :2:00 - 5:30 petang
Tempat :Auditorium Utama, UPSI







Sumber : http://fst.upsi.edu.my

Halatuju Perjuangan MPP Kerusi FST

Wednesday, September 9, 2009

Sudah hampir genap setahun MPP 08/09 ditauliahkan menjadi seorang pemimpin pelajar dan pada masa yang sama merupakan wakil kepada suara-suara mahasiswa terhadap isu-isu kebajikan dan akademik dan sebagainya.Pada kali ini apa yang GMS ingin mengajak semua mahasiswa FST untuk mengimbau kembali dan merenung kembali calon-calon yang telah kita pilih pada Pilihanraya Kampus (PRK) yang lepas terutamanya calon daripada FST sendiri.

Apa yang ingin GMS utarakan adalah mengenai perjuangan dan halatuju calon-calon yang telah kita pilih.Kemana semua manifesto yang telah dilaung-laungkan terutamanya semasa meraih undi mahasiswa??.Pernahkah MPP FST ini turun padang untuk bertemu mahasiswa-mahasiswa FST??.Apa yang jelas Calon yang telah kita pilih ini seolah-olah hanya melaung-laungkan kebajikan mahasiswa tetapi apa yang menjadi masalahnya bagaimana hendak menjaga kebajikan semua mahasiswa sedangkan mahasiswa di kerusi fakulti yang diwakilinya masih tidak mampu dijaga.Dan yang paling penting untuk dipersoalkan adalah, adakah mahasiswa di FST sendiri kenal siapa calon fakulti yang mereka pilih??

Setiap yang GMS utarakan ini hanyalah untuk renungan semua mahasiswa FST dan bukannya untuk memburukkan sesiapa.Diharap pihak yang bertanggungjawab dapat merenung kembali halatuju perjuangan anda.Perjuangkan apa yang telah anda laung-laungkan dan jangan jadikan ianya sebagai medan untuk meraih undi.

ANTARA MANIFSTO MPP FST YANG MENANG PRK LEPAS

Mengurangkan Kadar Denda Di Fakulti
Menambahkan Bilangan Study Week Kepada Dua minggu
Menambah Alat Radas Baru Di Makmal Fst Untuk Memudahkan Eksperimen

Blog, Persatuan & Politik Kampus

Friday, September 4, 2009

Dunia informasi menerusi dunia blog kini menjadi pilihan mahasiswa di Malaysia secara amnya dan di UPSI khususnya.Namun apa yang menyedihkan kali ini adalah mengenai halatuju blog-blog di UPSI sendiri khususnya di UPSI.Rata-rata blog berfokuskan kepada politik semasa, kampus dan juga isu-isu yang boleh dikira lapuk.Inilah yang menjadi percaturan minda bagi setiap mahasiswa yang menjadikan blog atau persatuan sebagai salah satu alat atau medium untuk menonjolkan diri.

Pada kali ini apa yang GMS ingin bawakan adalah halatuju blog terutama blog-blog persatuan.Secara amnya blog persatuan diwujudkan adalah untuk memperkenalkan persatuan kepada orang ramai dan pada masa yang sama adalah untuk menghubungkan barisan kepimpinan persatuan kepada ahlinya sendiri.Namun semua ini hanyalah secara teori, apa yang jelas dapat dilihat adalah blog persatuan kian lesu terutamanya menyampaikan informasi kepada semua mahasiswa.Mahasiswa yang menjadi ahli persatuan dahagakan informasi dan penyertaan dalam program-program yang dianjurkan oleh fakulti sendiri.

Adakah ini disebabkan oleh barisan kepimpinan persatuan ataupun kelemahan pucuk barisan kepimpinan yang jelas ternyata memandang remeh terhadap sesetengah perkara ataupun ada diantara mahaiswa mengunakan persatuan semata-mata untuk tujuan meraih undi di politik kampus.Bak kata orang paksi perjuangan bukan untuk persatuan tetapi berpaksikan kepada sesuatu yang lebih besar yang mungkin hanya difahami sesetengah kelompok sahaja.

Semua ini terpulang kepada anda.Fikir-fikirkanlah.Hidup berpersatuan adalah untuk hidup berorganisasi dan menjaga kebajikan ahli bukan untuk hidup berpolitik.Mahasiswa yang jelas berpolitik dalam berpersatuan akan membwa imej buruk kepada persatuan walaupun hanya seorang terlibat.Justeru, GMS menasihatkan kepada barisan pucuk kepimpinan persatuan supaya tidak jadikan persatuan sebagai platform berpolitik, imej anda membawa imej persatuan.

HATI-HATI DENGAN SMS PALSU

Sunday, August 16, 2009

Buat pengetahuan semua mahasiswa, maklumat dan mesej yang diwar-warkan tentang UPSI akan ditutup mengenai masalah penularan wabak H1N1 oleh segelintir pihak merupakan maklumat palsu.Diharap semua mahasiswa jangan terpengaruh dengan mesej ini dan jangan mengambil tindakan terburu-buru untuk membeli tiket balik KG lebih awal.

Daripada beberapa orang mahasiswa yang ditemui oleh GMS sendiri, mereka ada bertanyakan tentang SMS yang diterima mereka tentang penutupan UPSI selepas Pesta Konvokesyen.GMS dengan spontan menjawab kenyataan dan SMS yang diterima oleh mereka sebenarnya hanyalah palsu semata.

Dikesempatan tersebut, mereka turut menyatakan bahawa mereka terdengar ada yang bercakap bahawa terdapat seorang mahasiswa UPSI telah meninggal dunia disebabkan wabak H1N1 ini.Kenyataan ini juga adalah palsu berikutan, sekiranya berlaku kematian, pihak akhbar tidak akan teragak-agak melaporkan mengenai hal tersebut.Dan yang paling penting, adalah pihak pengurusan UPSI sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Justeru, GMS menasihatkan kepada semua mahasiswa jangan percaya dengan SMS palsu ini.Sebagai seorang mahasiswa berfikirlah secara rasional, setiap keputusan yang diambil oleh pengurusan tertinggi universiti membawa impak yang besar.

Sekiranya terdapat seorang mahasiswa terkena wabak H1N1 lagi dalam masa terdekat ini,yang manakah yang terbaik :

a) Menutup universiti
b) Kuaratinkan pelajar tersebutdi hospital
c) Tidak berbuat apa-apa

Pilihlah di mana pilihan anda wahai mahasiswa yang bijak pandai.

Sila sebarkan maklumat ini kepada sahabat-sahabat anda

KENAPA KITA PERLU BOIKOT?

Tuesday, August 11, 2009

Semalam kita dikejutkan dengan insiden yang telah dilakukan oleh beberapa pihak yang ingin memboikot persembahan yang diselitkan sempena malam perasmian Pesta Konvokesyen UPSI.Namun, apa yang ingin ditimbulkan kali ini, wajarkah pihak mahasiswa memboikot program universiti yang sebenarnya hanya persembahan biasa dan bukannya konsert, seperti yang diwar2kan oleh sesetengah pihak.

Ternyata dengan penyebaran maklumat yang salah terutama dari pihak yang cuba memboikot telah menyatakan bantahan mereka mereka.Namun, dalam perkara ini sebenarnya adalah cubaan provokasi yang dilakukan oleh sesetengah pihak untuk menunjukkan bahawa mereka adalah penyelamat universiti.

Satu demi satu perkaitan telah dibuat terutamanya mengenai budaya hedonisme, akhlak artis, punca penularan H1N1 dan sebagainya.Hal ini jelas dilihat sebagai faktor yang kurang jelas dan ada diantaranya tidak berkaitan dengan apa yang diboikot mereka sebenarnya.Mengaitkan sesuatu benda tanpa bukti kukuh dan idea yang kurang releven jelas menunjukan ketidakmatangan pemikiran sesetengah mahasiswa yang cuba menimbulkan provokasi ini.

Rata-rata mahasiswa yang ditemui semasa usaha memboikot atau membantah persembahan ini, mengecam dan mengkritik usaha mahasiswa yang memboikot perkara ini.Beberapa mahasiswa mengatakan bahawa kenapa perlu kita boikot benda yang tidak membawa keburukan kepada kita.Lainlah sekiranya pihak penganjur menjemput mana-mana artis yang diakui mempunyai nilai moral yang rendah?.Namun apa yang masih menjadi persoalan lagi adalah di manakah nilai keintelektualan mahasiswa yang menjadikan budaya menboikot sebagai salah satu cara untuk bersuara.Adakah ini mentaliti mahasiswa masa kini ataupun budaya yang dah meresapi jiwa mahasiswa di UPSI?

Tindakan yang boleh dianggar kurang sopan yang dilakukan golongan yang tidak bertanggungjawab ini mungkin akan menberikan impak yang buruk kepada pihak mahasiswa secara amnya dan warga mahasiswa khususnya.Ini diburukkan lagi dengan kehadiran penonton bukan sahaja daripada warga UPSI tetapi daripada penduduk kawasan TG MALIM.Mereka pasti membuat persepsi yang kurang baik kepada mahasiswa terutama yang mengetahui mengenai perkara ini.

Hampir semua yang datang memboikot terdiri daripada mahasiswa yang berkopiah dan bertudung labuh yang datang beramai-ramai untuk menjalankan misi mereka.Dan ini jelas membuktikan mereka semua terdiri daripada orang yang beragama islam.Tetapi, sedarkah anda semua mengenai persepsi lain yang mungkin timbul daripada kejadian ini.Persepsi orang ramai terhadap golongan ini mungkin melihat bahawa mereka bertindak seperti tidak melambangkan seorang mahasiswa.Dan satu perkara yang lebih penting adalah orang akan memandang serong terhadap golongan ini.Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi ingin mengajak semua mahasiswa untuk berfikir dan merenung perkara ini.

Usaha yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini jelas dilihat dengan mengoyakkan poster-poster publisiti perasmian dan persembahan ini yang ditampal di sekitar kampus dan kolej-kolej kediaman.Adakah ini cara yang terbaik??..Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa, wujudnya tindakan yang kurang sopan terutamanya dalam menjatuhkan sesuatu program.Bayangkanlah poster publisiti prgram anda dikoyak di depan mata anda, apakah perasaan anda ketika itu.Adakah anda gembira ataupun kecewa??Renung2kan

Segala yang dinyatakan GMS pada kali ini adalah sekadar untuk renungan semua mahasiswa, kadang-kadang kita tidak boleh puaskan hati semua orang,mesti ada juga yang tidak akan berpuas hati.Namun itu bukanlah persoalannya, persoalannya disini, berfikirlah seperti seorang mahasiswa.Jangan rendahkan kredibiliti seorang mahasiswa tetapi tingkatkan kredibiliti mahasiswa demi menjaga nama baik mahasiswa, universiti dan Malaysia

Ingatlah mahasiwa, kalau bukanlah kita menjaga nama baik UPSI.Siapa lagi, adakah mahasiswa universiti lain akan menjaga nama UPSI ataupun diri anda.Konsepnya hampir sama dengan program universiti, kalau bukan kita yang memeriahkan program tersebut, siapa lagi.Lebih-lebih lagi kalau program tersebut tidak menbawa kesan buruk terhadap pihak universiti.

GABUNGAN MAHASISWA SAINS UPSI

AGM Berjalan Lancar

Saturday, July 25, 2009

Berakhir sudah pemilihan kabinet baru dalam yang akan mewakili untuk memikul mandat dalaerm organisasi mahasiswa sains.Tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa yang terpilih untuk bersama PMS pada organisasi penggal ini.

Pembentukan kabinet kali ini berjalan lancar walaupun timbul ada sesetengah perkara yang menjadi pertikaian dalam AGM kali ini terutamanya dalam pemilihan MT.Kalau di dasarkan kepada perlembagaan, ingin sekali lagi direnung kembali mengenai pemilihan MT pada penggal lepas.Pemilihan yang lepas adalah berdasarkan undi mahasiswa.Namun pada kali ini tidak pula digunapakai.

Kesimpulannya disini, adakah perlembagaan secara tiba-tiba diubah atau dipinda tanpa persetujuan 2/3 daripada ahli persatuan.sekiranya ini berlaku, perlantikan dikira tidak sah.

Namun, itu bukan pertikaian yang mahu dijadikan kontroversi tapi sekadar renungan untuk semua.Peganglah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda semua.

Tahniah buat rakan-rakan yang telah berjaya memegang tampuk kepimpinan baru terutama semester 3.Tahniah buat teman sefikrah..Anda sudah berada pada tanggungjawab yang baru.

"usah gentarkan revolusi sekiranya anda mencipta evolusi"

Renungan : OBJEKTIF GMS

Friday, July 24, 2009

1)KEMUDAHAN (PENAMBAHBAIKAN)
-MAKMAL

2)INFORMASI
-FAKULTI
-PERSATUAN
-KURSUS

3)PERHUBUNGAN
-PELAJAR-PELAJAR
-PELAJAR-PENSYARAH
-PELAJAR-FAKULTI
-PELAJAR- UNIVERSITI

4)PROGRAM/AKTIVITI BERSAMA

5)ALUMNI PELAJAR SAINS UPSI

MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI UNTUK KEMUDAHAN BERSAMA

Dijangka hampir 1000 hadir esok

Berdasarkan perangkaan yang dibuat daripada unit maklumat dan sistem GMS.Jumlah mahasiswa sains dan juga mahasiswa yang mengambil minor terkini adalah hampir mencecah 2000 orang.Daripada maklumat daripada wakil-wakil mahasiswa daripada setiap ambilan, usaha mempromosikan AGM ini berjalan dengan lancar.

Mengunakan media perhubungan yang terkini yang mengunakan teknologi yang kian maju, GMS menganggarkan hampir 1500 mahasiswa akan hadir ke AGM kali ini.Berdasarkan rekod kehadiran mahasiswa yang lepas, kemungkinan kehadiran kali ini akan meningkat berikutan mahasiswa mula menyedari kepentingan AGM terutama dalam memilih jawatankuasa kepimpinan.

Diharap, target yang dijangkakan oleh GMS akan mencapai seperti yang dirancangkan.Di samping itu, pengenalan sistem mengunakan kad matrix untuk masuk ke AGM merupakan satu langkah yang terbaik yang diambil.Namun hal ini harus dipandang serius bagi mengelakan penyelewengan yang akan menimbulkan pertikaian.

"Satu undi, satu suara, satu kebajikan"

GMS : BERSEDIA UNTUK AGM ESOK

Thursday, July 23, 2009

Respon yang diterima GMS daripada ym friendlist menyangkakan bahawa kemungkinan besar AGM esok akan mengalami pertikaian antara pihak PMS dan GMS.Namun, bagi membetulkan persepsi semua mahasiswa, GMS ingin menegaskan sekali lagi bahawa perjalanan AGM esok akan berjalan lancar dan proses pembubaran dan pelantikan exco akan berlaku dengan aman.

GMS juga telah meneliti perjalanan perancangan AGM kali ini dan akan memastikan tidak berlaku sebarang pertelingkahan berikutan GMS berharap akan berlaku persaingan secara adil antara semua calon yang dicadangkan.Kewujudan GMS pada AGM kali ini adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat baru dan juga pelapis khas untuk kepimpinan perwakilan mahasiswa sains dan juga FST pada akan datang.

semoga dengan usaha yang telah dijalankan ini akan menjadi pemangkin terutamanya menegakan kredibiliti mahasiswa sains dan seterusnya mampu menjadi graduan sains yang bermentaliti kelas pertama.Kewajaran daripada perkara ini, mohon agar semua mahasiswa memilih calon yang benar-benar layak untuk berada di kepimpinan Perwakilan Mahasiswa Sains pada penggal ini.

"Pemimpin Sebenar Merupakan Pemimpin Yang Sanggup Bersaing Becara Adil



GMS akan Hadir Ke AGM esok

Buat sekian lama setelah menanti, akhirnya tiba lah masa yang ditunggu-tunggu iaitu Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) PMS buat penggal ini.Kehadiran GMS bukanlah untuk menganggu perjalanan majlis tapi memantau pemilihan exco-exco pada kali ini.

Rata-rata emel yang terima oleh GMS dalam beberapa minggu ini bertanya meengenai status GMS dan juga mengenai kehadiran GMS dalam mesyuarat agong yang akan berjalan esok malam.

Justeru GMS sendiri menjemput mahasiswa-mahasiswa sains untuk hadir bersama-sama untuk meninjau mesyuarat agong kali ini.Kalau penggal lepas AGM yang berjalan nampaknya hampir tergendala disebabkan beberapa individu.

Pada kali ini juga GMS juga membariskan beberapa calon untuk bertanding dalam AGM esok.Calon-calaon mahasiswa ini rata-rata daripada mahasiswa semester 3 dari berbagai aliran sains (Biologi, Fizik, Kimia) dan juga yang akan mengejutkan mahasiswa lain dari segi adalah daripada pelajar minor.

Pembukaan kehadiran pelajar minor jelas sekali menbuka peluang baru untuk GMS bersama-sama mahasiswa.Mungkin gabungan daripada wakil-wakil PMS dan GMS mampu untuk menghidupkan suara mahasiswa dan seterusnya memperjuangkan kebajikan pelajar FST.

p/s:Laporan lengkap dan gerak kerja GMS untuk AGM akan dilaporkan setiap 5 jam sekali bermula hari ini

Senarai Penyelidikan FST UPSI

Tuesday, July 7, 2009

Pada kali ini GMS UPSI akan menyenaraikan semua penyelidikan yang telah dibuat oleh pihak Fakulti Sains dan Teknologi.FST merupakan antara fakulti yang sentiasa giat dalam melakukan penyelidikan demi menaikkan nama FST dan UPSI sendiri.

Berikut Merupakan antara senarai penyelidikan yang pernah dibuat oleh pihak FST sendiri

Research in Biology & Biology Education

Terdapat lebih daripada 100 penyelidikan telah dibuat oleh pihak FST dalam bidang biologi.Antaranya,

senarai lengkap

Research in Chemistry & Chemistry Education

Terdapat lebih daripada 100 penyelidikan telah dibuat oleh pihak FST dalam bidang kimia.Antaranya,

Senarai Lengkap

Research in Physics & Physics Education

Terdapat lebih daripada 100 penyelidikan telah dibuat oleh pihak FST dalam bidang fizik.Antaranya

Senarai Lengkap

FST Bakal Lancar Kolokium

FST Bakal Lancar Kolokium Pendidikan

Untuk pengetahuan semua mahasiswa sains dan juga Mahasiswa FST, pihak Fakulti Sains & Teknologi akan mengadakan satu Kolokium Pendidikan Pasca Siswazah Sains & Matematik 2009 buat julung-julung kalinya.Program ini di jadual akan berlangsung pada

Tarikh : 21 December 2009
Tempat : Dewan Kuliah K

Harap Maklum

*Tertakluk pada perubahan

Selamat Meneruskan Perjuangan

Selamat meneruskan semester baru buat semua mahasiswa sains UPSI.Tidak lupa juga kepada semua pelajar baru ambilan Julai 2009/2010.



Selamat Meneruskan Perjuangan Kepada Semua Mahasiswa Sains

Tawaran Mengikut Summer Camp

Wednesday, May 27, 2009

Buat semua mahasiswa sains dan juga semua mahasiswa upsi, pihak upsi holding akan menganjurkan summer camp untuk pelajar2 sekolah.Sesiapa sahaja yang mepunyai adik, jiran atau anak saudara yang hendak mengikuti program boleh berhubung terus dengan pihak upsi holding.Di bawah adalah maklumat mengenai summer camp tersebut.

Tarikh : 2 - 4 Jun 2009
Lokasi : Latto Charok, Janda Baik
Harga : RM 190.00
Tarikh Tutup : 30 Mei 2009




(klik pada brosur untuk paparan yang lebih jelas)

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi :-

En. Azley (017-3006155)
Pn. Fazliana (012-5776996)
Pn. Rahimah (013-7442010)
Pn. Intan (016-6621776)
Cik Azlina (013-7243217)

"Berkhidmat untuk Mahasiswa"
Gabungan Mahasiswa Sains UPSI

Tawaran Menyertai Pertandingan

Saturday, May 23, 2009

Event: '2009 International Essay Contest For Young People : "The Ride Of Science In Building A Better World"'

Sukacita dimaklumkan

2009 INTERNATIONAL ESSAY CONTEST FOR YOUNG PEOPLE : "THE RIDE OF SCIENCE IN BUILDING A BETTER WORLD"

ANJURAN PERTUBUHAN THE GOI PEACE FOUNDATION, JEPUN

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua(2) kategori :

i) Kategori kanak-kanak (berumur di antara 7 sehingga 14tahun)
ii) Kategori remaja (berumur di antara 15 sehingga 25 - pada 30 Jun 2009)

Kemukakan permohonan lengkap sebelum atau pada 30 Jun 2009 (Selasa) melalui pos atau e-mel kepada pihak penganjur seperti di bawah :

International Essay Contest
c/o The Goi Peace Foundation
1-4-5 Hirakawacho, Chiyoda-ku
Tokyo, 102-0093 Japan
Emel : essay@goipeace.or This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .jpThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

s.k Bahagian Dasar & Antarabangsa
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 3, Blok E3, Kompleks 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya

Keputusan pertandingan akan dimaklumkan di laman web penganjur pada November 2009 di alamat www.goipeace.or.jp dan laman web UNESCO di www.unesco.org/youth. Hanya pemenang utama sahaja akan dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah di Tokyo, Jepun pada November 2009. Semua pembiayaan tiket kapal terbang bagi menghadiri akan ditaja sepenuhnya oleh GOI Peace Foundation.

Sekian. Terima kasih

Muhammad Hafizzuddin bin Azhar
Bahagian Hubungan Korporat & Antarabangsa
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Website FST dalam Penyelengaraan

Makluman untuk semua mahasiswa sains, buat masa ini laman web masih dalkam penyelengaraan untuk penambahbaikan maklumat serta susun atur laman web.Justeru, segala maklumat dan info terkini akan dimasukkan oleh GMS terus ke blog GMS bagi memudahkan penyebaran maklumat kepada mahasiswa FST secara amnya dan Mahasiswa sains secara khususnya.Bagi mana2 mahasiswa yang ada info ingin disampaikan anda boleh terus berhubung dengan GMS mengunakan YM @ menghantar emel terus kepada pihak GMS di alamat
gms_upsi@yahoo.com

NANTIKAN INFORMASI FST & UPSI

Thursday, May 21, 2009

,Sepanjang Musim cuti semester ini, para mahasiswa boleh terus mendapatkan maklumat dan informasi mengenai UPSI dan FST terus di web GMS.GMS akan cuba untuk membawakan maklumat2 yang berguna untuk tatapan semua mahasiswa terutamanya mahasiswa sains.Teruskan mengikuti blog/web GMS.TQ

Selamat Hari Guru

Wednesday, May 20, 2009

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA MAHASISWA SAINS

Masih belum terlambat untuk pihak GMS mengucapkan Selamat hari Guru buat semua bakal2 pendidik terutama kepada semua mahasiswa sain.Berlandaskan tema hari guru pada kali ini iaitu "Guru Cemerlang, Generasi Terbilang" jelas menampakkan harapan kerajaan diletakkan kepada semua pendidik tidak kira di dalam bidang apa sekalipun.Tema ini amat bertepatan dengan konsep pendidkan pada hari ini.Bukan mudah untuk melahirkan guru yang cemerlang, namun dengan keprcayaan yang diberikan kepada semua pendidik dan bakal2 pendidik, pihak GMS percaya bahawa impian untuk melahirkan guru yang cemerlang akan tercapai suatu hari nanti.Buat semua mahasiswa sains yang akan bergelar pendidik pada suatu hari nanti ingatlah kita semua akan mengalas satu tugas yang besar iaitu menyemai minat dan melahirkan modal insan yang mampu menyumbang bakti kepada negara terutamanya dari segi pembangunan sektor sains dan teknologi di Malaysia.



"Merintis Perubahan, Mencipta kejayaan"

Dedikasi Buat Mahasiswa Sains (bakal Pendidik)

Sudah Terbukti hari ini,
Gah berdiri kepala negeri kerana dedikasi guru,
Gah melangit ekonomi negeri kerana bakti Guru,
Gah tersebar ilmu ke pelusuk negeri,
Kerana tarbiyah seorang guru,
Bersyukurlah dengan profesion yang Bakal kita tunjangi.

Kongsi & Sebarkan Maklumat Anda

Friday, May 8, 2009

Pada kesempatan ini, GMS mengalu2kan dan membuka sebarang perkongsian maklumat dan info terkini terutamanya untuk semua mahasiswa sains UPSI.Sebarang maklumat yang ingin disebarkan boleh diemelkan pada emel GMS di alamat gms_upsi@yahoo.com @terus berhubung dengan admin gms di chatbox.Salam perhubungan untuk semua mahasiswa sains

"Meneraju Perubahan Mahasiswa Sains"
GABUNGAN MAHASISWA SAINS UPSI