Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Salam Ukhwah dan Salam Perjuangan

Thursday, December 11, 2008

Buat pengetahuan semua, Gabungan Mahasiswa Sains UPSi ini dibentuk untuk menjadi suara kepada pelajar terhadap masalah di dalam Universiti, mahupun fakulti sendiri.Pertubuhan ini di bentuk setelah melihat dan mengenapasti beberapa kekangan masalah yang sering berlaku di antara mahasiswa sains.Pihak GMS UPSI telah mengenalpasti bahawa mahasiswa sains upsi masih tercari-cari sesuatu medium atau badan yang boleh menbantu mereka dalam usaha memperbaiki ataupun masalah yang dihadapi mereka.Jadi kami di pihak GMS UPSI mengalu2kan mahasiswa-mahasiswa sains untuk bersama-sama kami dalam usaha merealisasikan objektif GMS ini.GMS UPSI juga mendapati hubungan diantara mahasiswa sains pada kemasukan yang sama ataupun berbeza adalah kurang rapat dan ada dia antara mahasiswa sains sendiri tidak kenal siapa junior dan siapa junior mereka.GMS merasakan hubungan ini perlu dibentuk bagi memastikan sebarang bentuk informasi ataupun pengalaman mengenai pembelajaran dapat dikongsi bersama untuk kecemerlangan di masa akan datang.Ini melihatkan kurangnya program atau aktiviti dijalankan bersama.Tidak dapat dinafikan juga, hubungan pelajar sains dengan pensyarah ,mahaupun fakulti adalah kurang.Jadi marilah kita semua mencari penyelesaian bagi masalah ini.Di samping ituInformasi melalui fakulti terutama untuk pelajar sains juga lambat untuk diterima.Justeru GMS menubuhkan blog ini untuk memastikan maklumat terkini dapat diterima dengan kadar cepat untuk mahasiswa sains.Matlamat Utama GMS diperkenalkan adalah untuk Menjadi suara kepada pelajar sains UPSI dalam usaha meningkatkan kredibiliti pelajar sains dan seterusnya menbina hubungan yang baik diantara pelajar sains dengan FST dan Universiti.Akhir kata dari pihak GMS, marilah bersama-sama kami untuk menjayakan matlamat bersama.

"BERSATU PEMANTAP, BERCERAI PEMUSNAH"

1 comments:

Persatuan Mahasiswa Sains UPSI said...

kenape perlu ditubuhkan persatuan baru...bknkah kita ada persatuan mahasiswa sains...gunakanlah persatuan ini dengan sebaiknya...
ini bkn lah cara untuk menyatupadukankita...saya minta pemilik blog ini boleh berjumpa dengan saya...hubungi-0194605166