SEMAKAN PEMINJAM YANG TIDAK MENUNTUT DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN (SALINAN PELAJAR)
Dimaklumkan bahawa PTPTN telah menghantar satu salinan dokumen perjanjian pinjaman kepada semua peminjam dengan menggunakan Pos Berdaftar melalui Pos Malaysia Berhad.
Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian dokumen perjanjian tersebut dikembalikan semula kepada PTPTN oleh Pos Malaysia Berhad disebabkan perbezaan alamat atau pelajar tiada di rumah dan tidak menuntut dokumen perjanjian tersebut di Pejabat Pos berhampiran dalam tempoh yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, PTPTN telah menghantar surat peringatan ke alamat pelajar dan membuat hebahan melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar pelajar segera menuntut salinan dokumen tersebut di PTPTN.
Kegagalan pelajar menuntut semula salinan dokumen perjanjian akan mengakibatkan bayaran pinjaman pada semester berikutnya diberhentikan. Pembayaran pinjaman hanya akan dilakukan semula setelah pelajar menuntut dokumen perjanjian dan memulangkan Akuan Penerimaan Perjanjian.
Sila abaikan peringatan ini sekiranya tuan/puan telah menuntut salinan dokumen tersebut dan memulangkan Akuan Penerimaan Perjanjian. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian berikut 03-20986579 / 6678 atau emel kepada webmaster@ptptn.gov.my.
Sila masukkan No Kad Pengenalan peminjam dan klik pada butang SEMAK untuk membuat semakan sekiranya nama anda terdapat dalam senarai peminjam yang belum menuntut perjanjian pinjaman pendidikan PTPTN.
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/perjanjian
PTPTN- SILA SEMAK
Saturday, December 20, 2008
Posted by Cikgu Sains UPSI at 12:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment