Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

EKSPIN 09

Tuesday, February 24, 2009

EKSPO PENYELIDIKAN DAN INOVASI UPSI 2009

"Meneraju Budaya Penyelidikan dan Inovasi"

Ekspo penyelidikan dan inovasi merupakan aktiviti dwitahunan yang dianjurkan khusus untuk semua penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ekspo pertama telah diadakan pada tahun 2007 yang bertemakan Pembudayaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan. Ekspo pertama dianggap sebagai tapak kepada pembentukan budaya penyelidikan dan inovasi UPSI.



Ekspo kali ini memilih tema Meneraju Budaya Penyelidikan dan Inovasi. Ini sejajar dengan perkembangan UPSI yang berhasrat menjuarai penyelidikan pendidikan dan menerokai bidang-bidang selain pendidikan. Jika sebelum ini merupakan permulaan kepada membentuk budaya penyelidikan dalam pendidikan, kini UPSI berhasrat memperkembangkan penyelidikan-penyelidikan ke tahap yang mempunyai impak untuk masyarakat.

Pelaksanaan ekspo ini diharapkan akan dapat menjana, mengetengahkan dan menyemarakkan budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah UPSI. Tidak ketinggalan ia juga diharap dapat menarik minat pelajar UPSI untuk memanfaatkan hasil-hasil penyelidikan dalam kegiatan pembelajaran. Kemuncaknya ialah UPSI akan semakin dikenali bukan sahaja sebagai institusi latihan guru terulung malah sebagai institusi penyelidikan untuk masyarakat.

SUMBER :http://ekspin09.upsi.edu.my

0 comments: