Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

GMS : BERSEDIA UNTUK AGM ESOK

Thursday, July 23, 2009

Respon yang diterima GMS daripada ym friendlist menyangkakan bahawa kemungkinan besar AGM esok akan mengalami pertikaian antara pihak PMS dan GMS.Namun, bagi membetulkan persepsi semua mahasiswa, GMS ingin menegaskan sekali lagi bahawa perjalanan AGM esok akan berjalan lancar dan proses pembubaran dan pelantikan exco akan berlaku dengan aman.

GMS juga telah meneliti perjalanan perancangan AGM kali ini dan akan memastikan tidak berlaku sebarang pertelingkahan berikutan GMS berharap akan berlaku persaingan secara adil antara semua calon yang dicadangkan.Kewujudan GMS pada AGM kali ini adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat baru dan juga pelapis khas untuk kepimpinan perwakilan mahasiswa sains dan juga FST pada akan datang.

semoga dengan usaha yang telah dijalankan ini akan menjadi pemangkin terutamanya menegakan kredibiliti mahasiswa sains dan seterusnya mampu menjadi graduan sains yang bermentaliti kelas pertama.Kewajaran daripada perkara ini, mohon agar semua mahasiswa memilih calon yang benar-benar layak untuk berada di kepimpinan Perwakilan Mahasiswa Sains pada penggal ini.

"Pemimpin Sebenar Merupakan Pemimpin Yang Sanggup Bersaing Becara Adil



0 comments: