Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

GMS akan Hadir Ke AGM esok

Thursday, July 23, 2009

Buat sekian lama setelah menanti, akhirnya tiba lah masa yang ditunggu-tunggu iaitu Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) PMS buat penggal ini.Kehadiran GMS bukanlah untuk menganggu perjalanan majlis tapi memantau pemilihan exco-exco pada kali ini.

Rata-rata emel yang terima oleh GMS dalam beberapa minggu ini bertanya meengenai status GMS dan juga mengenai kehadiran GMS dalam mesyuarat agong yang akan berjalan esok malam.

Justeru GMS sendiri menjemput mahasiswa-mahasiswa sains untuk hadir bersama-sama untuk meninjau mesyuarat agong kali ini.Kalau penggal lepas AGM yang berjalan nampaknya hampir tergendala disebabkan beberapa individu.

Pada kali ini juga GMS juga membariskan beberapa calon untuk bertanding dalam AGM esok.Calon-calaon mahasiswa ini rata-rata daripada mahasiswa semester 3 dari berbagai aliran sains (Biologi, Fizik, Kimia) dan juga yang akan mengejutkan mahasiswa lain dari segi adalah daripada pelajar minor.

Pembukaan kehadiran pelajar minor jelas sekali menbuka peluang baru untuk GMS bersama-sama mahasiswa.Mungkin gabungan daripada wakil-wakil PMS dan GMS mampu untuk menghidupkan suara mahasiswa dan seterusnya memperjuangkan kebajikan pelajar FST.

p/s:Laporan lengkap dan gerak kerja GMS untuk AGM akan dilaporkan setiap 5 jam sekali bermula hari ini

0 comments: