Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Halatuju Perjuangan MPP Kerusi FST

Wednesday, September 9, 2009

Sudah hampir genap setahun MPP 08/09 ditauliahkan menjadi seorang pemimpin pelajar dan pada masa yang sama merupakan wakil kepada suara-suara mahasiswa terhadap isu-isu kebajikan dan akademik dan sebagainya.Pada kali ini apa yang GMS ingin mengajak semua mahasiswa FST untuk mengimbau kembali dan merenung kembali calon-calon yang telah kita pilih pada Pilihanraya Kampus (PRK) yang lepas terutamanya calon daripada FST sendiri.

Apa yang ingin GMS utarakan adalah mengenai perjuangan dan halatuju calon-calon yang telah kita pilih.Kemana semua manifesto yang telah dilaung-laungkan terutamanya semasa meraih undi mahasiswa??.Pernahkah MPP FST ini turun padang untuk bertemu mahasiswa-mahasiswa FST??.Apa yang jelas Calon yang telah kita pilih ini seolah-olah hanya melaung-laungkan kebajikan mahasiswa tetapi apa yang menjadi masalahnya bagaimana hendak menjaga kebajikan semua mahasiswa sedangkan mahasiswa di kerusi fakulti yang diwakilinya masih tidak mampu dijaga.Dan yang paling penting untuk dipersoalkan adalah, adakah mahasiswa di FST sendiri kenal siapa calon fakulti yang mereka pilih??

Setiap yang GMS utarakan ini hanyalah untuk renungan semua mahasiswa FST dan bukannya untuk memburukkan sesiapa.Diharap pihak yang bertanggungjawab dapat merenung kembali halatuju perjuangan anda.Perjuangkan apa yang telah anda laung-laungkan dan jangan jadikan ianya sebagai medan untuk meraih undi.

ANTARA MANIFSTO MPP FST YANG MENANG PRK LEPAS

Mengurangkan Kadar Denda Di Fakulti
Menambahkan Bilangan Study Week Kepada Dua minggu
Menambah Alat Radas Baru Di Makmal Fst Untuk Memudahkan Eksperimen

0 comments: