Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Blog, Persatuan & Politik Kampus

Friday, September 4, 2009

Dunia informasi menerusi dunia blog kini menjadi pilihan mahasiswa di Malaysia secara amnya dan di UPSI khususnya.Namun apa yang menyedihkan kali ini adalah mengenai halatuju blog-blog di UPSI sendiri khususnya di UPSI.Rata-rata blog berfokuskan kepada politik semasa, kampus dan juga isu-isu yang boleh dikira lapuk.Inilah yang menjadi percaturan minda bagi setiap mahasiswa yang menjadikan blog atau persatuan sebagai salah satu alat atau medium untuk menonjolkan diri.

Pada kali ini apa yang GMS ingin bawakan adalah halatuju blog terutama blog-blog persatuan.Secara amnya blog persatuan diwujudkan adalah untuk memperkenalkan persatuan kepada orang ramai dan pada masa yang sama adalah untuk menghubungkan barisan kepimpinan persatuan kepada ahlinya sendiri.Namun semua ini hanyalah secara teori, apa yang jelas dapat dilihat adalah blog persatuan kian lesu terutamanya menyampaikan informasi kepada semua mahasiswa.Mahasiswa yang menjadi ahli persatuan dahagakan informasi dan penyertaan dalam program-program yang dianjurkan oleh fakulti sendiri.

Adakah ini disebabkan oleh barisan kepimpinan persatuan ataupun kelemahan pucuk barisan kepimpinan yang jelas ternyata memandang remeh terhadap sesetengah perkara ataupun ada diantara mahaiswa mengunakan persatuan semata-mata untuk tujuan meraih undi di politik kampus.Bak kata orang paksi perjuangan bukan untuk persatuan tetapi berpaksikan kepada sesuatu yang lebih besar yang mungkin hanya difahami sesetengah kelompok sahaja.

Semua ini terpulang kepada anda.Fikir-fikirkanlah.Hidup berpersatuan adalah untuk hidup berorganisasi dan menjaga kebajikan ahli bukan untuk hidup berpolitik.Mahasiswa yang jelas berpolitik dalam berpersatuan akan membwa imej buruk kepada persatuan walaupun hanya seorang terlibat.Justeru, GMS menasihatkan kepada barisan pucuk kepimpinan persatuan supaya tidak jadikan persatuan sebagai platform berpolitik, imej anda membawa imej persatuan.

0 comments: