Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

HATI-HATI DENGAN SMS PALSU

Sunday, August 16, 2009

Buat pengetahuan semua mahasiswa, maklumat dan mesej yang diwar-warkan tentang UPSI akan ditutup mengenai masalah penularan wabak H1N1 oleh segelintir pihak merupakan maklumat palsu.Diharap semua mahasiswa jangan terpengaruh dengan mesej ini dan jangan mengambil tindakan terburu-buru untuk membeli tiket balik KG lebih awal.

Daripada beberapa orang mahasiswa yang ditemui oleh GMS sendiri, mereka ada bertanyakan tentang SMS yang diterima mereka tentang penutupan UPSI selepas Pesta Konvokesyen.GMS dengan spontan menjawab kenyataan dan SMS yang diterima oleh mereka sebenarnya hanyalah palsu semata.

Dikesempatan tersebut, mereka turut menyatakan bahawa mereka terdengar ada yang bercakap bahawa terdapat seorang mahasiswa UPSI telah meninggal dunia disebabkan wabak H1N1 ini.Kenyataan ini juga adalah palsu berikutan, sekiranya berlaku kematian, pihak akhbar tidak akan teragak-agak melaporkan mengenai hal tersebut.Dan yang paling penting, adalah pihak pengurusan UPSI sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Justeru, GMS menasihatkan kepada semua mahasiswa jangan percaya dengan SMS palsu ini.Sebagai seorang mahasiswa berfikirlah secara rasional, setiap keputusan yang diambil oleh pengurusan tertinggi universiti membawa impak yang besar.

Sekiranya terdapat seorang mahasiswa terkena wabak H1N1 lagi dalam masa terdekat ini,yang manakah yang terbaik :

a) Menutup universiti
b) Kuaratinkan pelajar tersebutdi hospital
c) Tidak berbuat apa-apa

Pilihlah di mana pilihan anda wahai mahasiswa yang bijak pandai.

Sila sebarkan maklumat ini kepada sahabat-sahabat anda

0 comments: