Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

KENAPA KITA PERLU BOIKOT?

Tuesday, August 11, 2009

Semalam kita dikejutkan dengan insiden yang telah dilakukan oleh beberapa pihak yang ingin memboikot persembahan yang diselitkan sempena malam perasmian Pesta Konvokesyen UPSI.Namun, apa yang ingin ditimbulkan kali ini, wajarkah pihak mahasiswa memboikot program universiti yang sebenarnya hanya persembahan biasa dan bukannya konsert, seperti yang diwar2kan oleh sesetengah pihak.

Ternyata dengan penyebaran maklumat yang salah terutama dari pihak yang cuba memboikot telah menyatakan bantahan mereka mereka.Namun, dalam perkara ini sebenarnya adalah cubaan provokasi yang dilakukan oleh sesetengah pihak untuk menunjukkan bahawa mereka adalah penyelamat universiti.

Satu demi satu perkaitan telah dibuat terutamanya mengenai budaya hedonisme, akhlak artis, punca penularan H1N1 dan sebagainya.Hal ini jelas dilihat sebagai faktor yang kurang jelas dan ada diantaranya tidak berkaitan dengan apa yang diboikot mereka sebenarnya.Mengaitkan sesuatu benda tanpa bukti kukuh dan idea yang kurang releven jelas menunjukan ketidakmatangan pemikiran sesetengah mahasiswa yang cuba menimbulkan provokasi ini.

Rata-rata mahasiswa yang ditemui semasa usaha memboikot atau membantah persembahan ini, mengecam dan mengkritik usaha mahasiswa yang memboikot perkara ini.Beberapa mahasiswa mengatakan bahawa kenapa perlu kita boikot benda yang tidak membawa keburukan kepada kita.Lainlah sekiranya pihak penganjur menjemput mana-mana artis yang diakui mempunyai nilai moral yang rendah?.Namun apa yang masih menjadi persoalan lagi adalah di manakah nilai keintelektualan mahasiswa yang menjadikan budaya menboikot sebagai salah satu cara untuk bersuara.Adakah ini mentaliti mahasiswa masa kini ataupun budaya yang dah meresapi jiwa mahasiswa di UPSI?

Tindakan yang boleh dianggar kurang sopan yang dilakukan golongan yang tidak bertanggungjawab ini mungkin akan menberikan impak yang buruk kepada pihak mahasiswa secara amnya dan warga mahasiswa khususnya.Ini diburukkan lagi dengan kehadiran penonton bukan sahaja daripada warga UPSI tetapi daripada penduduk kawasan TG MALIM.Mereka pasti membuat persepsi yang kurang baik kepada mahasiswa terutama yang mengetahui mengenai perkara ini.

Hampir semua yang datang memboikot terdiri daripada mahasiswa yang berkopiah dan bertudung labuh yang datang beramai-ramai untuk menjalankan misi mereka.Dan ini jelas membuktikan mereka semua terdiri daripada orang yang beragama islam.Tetapi, sedarkah anda semua mengenai persepsi lain yang mungkin timbul daripada kejadian ini.Persepsi orang ramai terhadap golongan ini mungkin melihat bahawa mereka bertindak seperti tidak melambangkan seorang mahasiswa.Dan satu perkara yang lebih penting adalah orang akan memandang serong terhadap golongan ini.Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi ingin mengajak semua mahasiswa untuk berfikir dan merenung perkara ini.

Usaha yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini jelas dilihat dengan mengoyakkan poster-poster publisiti perasmian dan persembahan ini yang ditampal di sekitar kampus dan kolej-kolej kediaman.Adakah ini cara yang terbaik??..Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa, wujudnya tindakan yang kurang sopan terutamanya dalam menjatuhkan sesuatu program.Bayangkanlah poster publisiti prgram anda dikoyak di depan mata anda, apakah perasaan anda ketika itu.Adakah anda gembira ataupun kecewa??Renung2kan

Segala yang dinyatakan GMS pada kali ini adalah sekadar untuk renungan semua mahasiswa, kadang-kadang kita tidak boleh puaskan hati semua orang,mesti ada juga yang tidak akan berpuas hati.Namun itu bukanlah persoalannya, persoalannya disini, berfikirlah seperti seorang mahasiswa.Jangan rendahkan kredibiliti seorang mahasiswa tetapi tingkatkan kredibiliti mahasiswa demi menjaga nama baik mahasiswa, universiti dan Malaysia

Ingatlah mahasiwa, kalau bukanlah kita menjaga nama baik UPSI.Siapa lagi, adakah mahasiswa universiti lain akan menjaga nama UPSI ataupun diri anda.Konsepnya hampir sama dengan program universiti, kalau bukan kita yang memeriahkan program tersebut, siapa lagi.Lebih-lebih lagi kalau program tersebut tidak menbawa kesan buruk terhadap pihak universiti.

GABUNGAN MAHASISWA SAINS UPSI

0 comments: